ALOR SETAR: Penduduk setempat digesa membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dengan melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata maklumat awam sangat diperlukan bagi membantu penguatkuasaan berikutan masyarakat lebih dekat dan mengetahui taktik golongan itu.
"Kadang-kadang yang buka kedai makan itu jiran atau kawan mereka, jadi mereka perlu mainkan peranan melaporkan hal berkenaan. Kalau penguat kuasa hendak periksa semua kedai makan satu-satu agak sukar, tetapi apabila ada laporan kita boleh ambil tindakan segera dengan lebih berkesan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Menghormati Bulan Ramadan 1443H di sini, pada Khamis.
Mengenai kempen itu, Najmi berkata lebih 100 anggota penguat kuasa JHEAIK akan digerakkan bagi memantau premis menjual makanan yang melakukan kesalahan sepanjang Ramadan nanti.
Katanya pemantauan berterusan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dijalankan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, Seksyen 14, kerana tidak menghormati bulan Ramadan.
Menurutnya antara kesalahan yang dinyatakan adalah menjual kepada orang Islam makanan, minuman, rokok atau benda seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta merta, dan secara terbuka di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain seumpamanya.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Penduduk setempat digesa membantu melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil. -Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah
JHEAIK menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas.
JHEAIK panggil pendakwah terkenal berkaitan video tular puji guru keterlaluan
JHEAIK sudah menasihatkan pendakwah berkenaan, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli dan mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit.
Amalan khurafat di Gunung Jerai: Serah pada pihak berautoriti untuk siasat - Sanusi
Setiap aktiviti atau perbuatan yang dilakukan, di atas Gunung Jerai bergantung kepada niat.
JHEAIK siasat video berkaitan khurafat di Gunung Jerai
JHEAIK sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.
Kes sihir antara kesalahan bakal didakwa ikut enakmen baharu di Kelantan
Kes sihir berkenaan antara kesalahan jenayah syariah yang direkod sepanjang Januari dan Februari tahun ini.
Masyarakat digesa lapor salah laku kaki ponteng puasa
Penduduk setempat digesa membantu melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil.
Kelantan tawar program pemutihan bagi pasangan bernikah di luar negara sebelum 2005
Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara, khasnya selatan Thailand, diminta tampil untuk pengesahan pernikahan dengan tawaran denda yang berpatutan.
100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir
Jumlah jemaah yang dibenarkan itu sebagai tanda pematuhan terhadap ketetapan yang diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Kedah benar solat Jumaat, fardu di masjid, surau dengan bilangan jemaah 100 orang
Kebenaran itu diberikan kepada mukim zon hijau, kuning dan jingga.
JHEAIK kenal pasti 71 'port' kaki ponteng puasa di Kedah
Sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan lakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga terlibat.