MALAYSIA
"Masyarakat India hanya menuntut lebih banyak inisiatif sosioekonomi dan pendidikan" - Sivaraj
Sivaraj berkata, ketiadaan jawatankuasa khas atau wakil dalam Kabinet untuk masyarakat India menjadikan Dewan Negara satu-satunya ruang untuk menyuarakan isu dan cadangan komuniti itu secara terbuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masyarakat India tidak pernah mempersoalkan peruntukan atau hak masyarakat Melayu mahupun Cina.
Ringkasan AI
Sebaliknya Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran menegaskan, mereka hanya menuntut lebih banyak inisiatif sosioekonomi dan pendidikan untuk komuniti tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara, Isnin lalu yang mengingatkan agar isu bantuan tidak dijadikan polemik perkauman.
"Ketika membentangkan RMK13, Perdana Menteri berkata 'Saya harap dengan penjelasan ini, kita kurangkanlah polemik kaum ini. Kalau nak minta kemudahan masyarakat India, silakan. Tapi janganlah katakan pasal apa Melayu dapat'.
"Sebagai pemimpin masyarakat India dari MIC, saya ingin tegaskan, kami hanya meminta supaya kerajaan memperbanyakkan inisiatif sosioekonomi dan pendidikan untuk masyarakat India.
"Kami tidak pernah menyoal atau mempertikai peruntukan untuk masyarakat Melayu mahupun Cina. Dua perkara ini berbeza dan perlu difahami agar tidak menimbulkan salah tafsir antara kaum," katanya ketika membahas di Dewan Negara, di sini, baru-baru ini.
Sivaraj menegaskan, masyarakat India sentiasa menyokong hak Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dan tidak pernah menafikannya.
Beliau turut menekankan, ketiadaan jawatankuasa khas atau wakil dalam Kabinet untuk masyarakat India menjadikan Dewan Negara satu-satunya ruang untuk menyuarakan isu dan cadangan komuniti itu secara terbuka.
"Tanggungjawab kami adalah memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat India agar agenda pemerkasaan sosioekonomi mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negara," jelasnya lagi.
Ringkasan AI
- Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Sivaraj Chandran menegaskan masyarakat India tidak pernah mempertikai peruntukan untuk kaum Melayu atau Cina, sebaliknya hanya menuntut lebih banyak inisiatif sosioekonomi dan pendidikan untuk komuniti mereka.
- Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semasa pembentangan RMK13 yang menyeru agar isu bantuan tidak dijadikan polemik perkauman.
- Sivaraj turut menyatakan bahawa masyarakat India menyokong hak Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan dan menekankan keperluan keterwakilan khas dalam Kabinet untuk menyuarakan isu komuniti secara berkesan.