awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat Islam Sarawak jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka raya

Bernama
Bernama
09/04/2022
09:11 MYT
Masyarakat Islam Sarawak jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka raya
Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata ini kerana, keadaan wabak COVID-19 di Sarawak pada masa kini masih lagi belum stabil sepenuhnya. - Gambar fail/BERNAMA
SIBU: Masyarakat Islam Sarawak diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan walaupun negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata ini kerana, keadaan wabak COVID-19 di Sarawak pada masa kini masih lagi belum stabil sepenuhnya.
Katanya sekiranya mereka mahu mengadakan rumah terbuka, jumlah pengunjung mestilah tidak terlalu ramai dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Saya lihat sekarang orang sudah terlalu ghairah nak menyambut raya, memang benar kita sudah dua tahun tidak beraya (seperti sebelum ini), tetapi jangan terlalu ramai sangat dan berlebihan sangat.
"Saya rasa boleh (adakan rumah terbuka) tetapi kita tunggu keputusan JPBN (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri)," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan cek sumbangan kepada 36 masjid dan surau di Sibu, di sini, hari ini.
Sumbangan berjumlah RM180,000 itu adalah untuk membiayai aktiviti masjid dan surau di daerah ini sepanjang bulan Ramadan.
Setiap masjid dan surau menerima RM5,000 iaitu RM4,000 dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan RM1,000 dari Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).
Sementara itu, Dr Annuar meminta masyarakat Islam untuk hadir memeriahkan sambutan majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak, di Masjid An-Nur di sini pada 18 April depan.
Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dijangka hadir memeriahkan sambutan Nuzul Al-Quran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masyarakat Islam Sarawak
#rumah terbuka raya
#Hari Raya Aidilfitri
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#Dr Annuar Rapaee
#COVID-19
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan