awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia

Bernama
Bernama
29/12/2021
20:27 MYT
Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia
Asari Lateh (tengah) menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Meringing (empat, kanan) dan disaksikan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid (lima, kanan) di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. - BERNAMA
HATYAI (Songkhla: Masyarakat Islam di selatan Thailand menyampaikan sumbangan berjumlah 1 juta baht (RM124,751) bagi meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.
Kempen kutipan derma dalam talian (online donation drive) merupakan initiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand.
Asari dan penceramah-penceramah bebas menerusi "Babazu Channel" telah mengadakan ceramah dalam talian untuk mengutip derma bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.
"Kutipan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad lepas berjaya mengumpulkan 1 juta baht untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima.
"Kami berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid mengucapkan terima kepada masyarakat Islam di selatan Thailand yang menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir besar.
"Sumbangan ikhlas daripada masyarakat Islam selatan Thailand menunjukkan hubungan baik Malaysia dan Thailand yang saling membantu ketika negara dilanda musibah," katanya.
Sebelum itu, Asari menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Meringing dan disaksikan Muhammad Ridzuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Jumaat lepas, masyarakat Islam di Pattani turut mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Asari Lateh
#derma
#masyarakat Islam selatan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan