Penglibatan masyarakat sebagai sukarelawan perlu dipertingkatkan bagi membantu pihak berkaitan jika berlaku bencana.
Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan juga penting bagi menangani perkara itu.
Menurutnya, kekerapan seperti banjir dan kebakaran di daerah ini juga memerlukan penglibatan masyarakat untuk sama turun padang membantu.
“Badan sukarela dan persatuan penduduk kena ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran menyelamat. Sudah tentu pihak seperti bomba boleh membantu.
“Orang-orang Temerloh sudah sampai masanya mempunyai kemahiran tertentu seperti menyelamat dan pertolongan cemas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau ditemui selepas melawat kediaman keluarga Kamarul Anuar Jamaludin, 49 di Kampung Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab yang musnah akibat kebakaran, kelmarin.
Beliau berkata, masyarakat tidak boleh terlalu bergantung kepada anggota keselamatan semata-mata seperti bomba atau Angkatan Pertahanan Awam sebaliknya perlu cepat bertindak jika berlaku bencana.
Dalam pada itu, Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menzahirkan kesedihan berikutan tragedi yang mengorbankan enam anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lombong Taman Putra Perdana pada 3 Oktober lalu.
“Saya melihat apa juga tuntutan mereka perlu dipenuhi dan seperti kejadian kebakaran di sini dimaklumkan tiada pili bomba hingga menyukarkan usaha memadamkan api.
“Jadi saya akan merujuk perkara ini kepada rakan sejawat di kementerian terbabit supaya diberikan perhatian,” katanya.
Sinar Harian
Mon Oct 08 2018
Anuar (tujuh, kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Kamarul dalam kunjungannya ke kediaman keluarga itu yang musnah terbakar kelmarin - Sinar Harian
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Penyu sesat di stesen janakuasa diselamatkan APM
Penyu berusia tujuh hingga 10 tahun itu ditemukan pekerja stesen janakuasa yang kemudiannya menghubungi pihak APM pada 11.56 pagi.
Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Pihak APM telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang pada Jumaat.
Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah
APM akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
Elaun APM naik RM2 sejam
Kadar elaun bagi anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM2 sejam berkuat kuasa 1 Mac 2020, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Ajal ketika cari rebung
Seorang OKU yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu telah ditemui mati bersama seguni rebung pagi tadi.
2,000 anggota APM sedia hadapi air pasang besar di Pantai Barat
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Roslan Wahab berkata negeri terbabit ialah Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Tebuan kembali 'huni' rumah
Tujuh beranak yang tinggal di Kampung Tanjung Luar, Pedu menanggung derita apabila hampir setiap hari disengat tebuan sejak seminggu lalu.
APM pantau keadaan fenomena air pasang di Kuala Muda
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air.