KUALA LUMPUR: Masyarakat Madani mampu mencapai kemajuan yang seimbang tanpa perlu membelakangkan mereka yang berlainan warna kulit, kaum, bahasa atau jantina, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jakim berpandangan rakyat wajib saling mengenali ke arah memperkukuh masyarakat Madani yang membangun daripada segi kecerdasan dan hati, sains, teknologi dan telekomunikasi.
"Li ta'arafu (saling mengenali), bahawa kesemua suku kaum dan bangsa, individu lelaki dan wanita, semua ialah satu keluarga manusia yang mulia, yang perlu hormat menghormati dan saling melindungi satu sama lain.
"Kita harus menghargai perpaduan manusia yang hakiki yang lebih utama daripada perbezaan luaran. Perbezaan luaran hanyalah semacam label untuk memudahkan kita mengenal ciri dan sifat-sifatnya, bukan untuk melakukan kezaliman dan penindasan," katanya.
Jakim mengeluarkan ulasan itu sempena tema sambutan Maal Hijrah 1445H iaitu 'Perpaduan Teras Malaysia Madani'.
Maal Hijrah 1445H diraikan pada 19 Julai dengan majlis peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menurut Jakim, nilai penting masyarakat seperti keamanan, kedamaian dan ketenteraman adalah antara anugerah tertinggi daripada Tuhan, dan Islam mewajibkan hubungan sesama manusia berdasarkan rasa belas ihsan, kemesraan dan setia kawan.
Ia seterusnya menggalakkan sifat berlapang dada, saling memaafkan kelemahan, bermurah hati, ramah tamah serta suka cita apabila orang lain meraih kejayaan dan kemakmuran.
"Allah melarang kita daripada menghina benda-benda sembahan penganut agama lain kerana akan menimbulkan kemarahan, dendam dan kedengkian hingga mereka membalas menghina Allah secara yang melampaui batas permusuhan dan dengan ketiadaan pengetahuan (al-An'am, 6: 108)," katanya.
Menurut Jakim, sentimen mementingkan diri, semangat berpuak-puak dalam kezaliman, bermusuhan dan saling membenci tidak wajar digalakkan di bumi bertuah ini.
Katanya, aset negara yang paling mahal ialah warga Malaysia yang mengutamakan kerukunan, kedamaian dan kesepakatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran untuk menongkah masa depan, selaras dengan tema Maal Hijrah tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Jakim berpandangan rakyat wajib saling mengenali ke arah memperkukuh masyarakat Madani yang membangun daripada segi kecerdasan dan hati, sains, teknologi dan telekomunikasi.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Malaysia sokong penglibatan masyarakat madani dalam PBB - Hishammuddin
Ulang tahun ke-75 PBB tahun ini menjadi pemangkin terbaik kepada Malaysia untuk mempererat kerjasama dengan masyarakat madani.