Masyarakat Melayu perlu memartabatkan seni budaya dan warisannya bagi menggelakkan nilai-nilai kemelayuan dalam diri orang Melayu terhakis.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sekiranya masyarakat Melayu mengabaikan usaha untuk memulihara dan memupuk seni budaya dan warisannya, mereka akan ditelan zaman dan tiada identiti lagi.
"Kalau itu berlaku Raja Melayu pun akan turun dengan sendiri sebab orang Melayu tidak terasa mereka mempunyai Raja dan Sultan yang harus dipertahankan di bawah budaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ke-6 di sini, pada Sabtu.
Anugerah itu disampaikan Tengku Mahkota Kelantan, yang juga Pro Canselor UMK, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Sejumlah 1,766 graduan daripada empat fakulti akan turut menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu selama empat hari mulai hari Sabtu.
Rais berkata usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.
"Kemaraan bahasa Inggeris, mereka tidak akan berundur, kita mohon supaya bahasa Inggeris tidak menjadi dedalu membunuh bahasa Melayu atau budaya Melayu.
"Kalau kita tidak berbalik kepada budaya Melayu, orang Melayu tidak boleh dipanggil Melayu, bangsa lain tidak sebegitu mereka lebih bebas," katanya.
Beliau berkata selain kerajaan, pihak lain termasuk UMK berpotensi untuk menyemarakkan seni budaya dan warisan Melayu.
Katanya transformasi pelajaran tidak lengkap jika elemen seni budaya dan warisan tidak dipupuk sebagai sebahagian intisari pembelajaran.
Bernama
Sun Sep 25 2016
Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif
Penganugerahan itu merupakan penghormatan tinggi buat Rais, atas jasa dan pengorbanan beliau merancang pembangunan seni budaya tanah air.
Masyarakat Melayu perlu martabatkan seni budaya dan warisan
Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.
Perlu pendekatan jelas untuk tingkat pengunaan bahasa Melayu - Dr Rais
Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pemegang dasar harus membuat pendekatan yang jelas supaya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa komersial dalam semua urusan.
IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais
'Islamic State' atau kumpulan militan IS perlu disebut sebagai kumpulan pengganas atau pelampau, bukan sebagai 'Islamic State'.