Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung salah guna internet dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk memperkenal aplikasi saringan kendiri ‘Parental Control Tools’ yang dikendalikan oleh ibu bapa.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Mlutimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, adalah menjadi tanggungjawab dalam kalangan masyarakat sendiri untuk mengambil peranan dalam memilih serta membuat pilihan berhubung kandungan yang terdapat di laman sosial.
“Terdapat jutaan aplikasi dalam talian yang dibangunkan seluruh dunia mengikut konteks sosio budaya dan dalam kepelbagaian ini kuasa memilih adalah terletak pada pengguna.
“Sebarang bentuk aplikasi atau kemudahan jika tidak digunakan dengan baik boleh bawa kepada keburukan atau masalah kepada masyarakat dan mesej utamanya adalah penggunaan internet yang positif serta kawal selia kendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung usaha kerajaan membendung aktiviti pornografi dan LGBT di laman sosial.
Menurut Zahidi, sejumlah 125 kertas siasatan telah dibuka pihak MCMC berhubung kandungan lucah dan sebanyak lima kes telah berjaya didakwa bagi tempoh 2018 sehingga 30 Jun 2020.
Selain pendakwaan, tindakan undang-undang seperti penyekatan akses kepada laman web terlibat turut diambil dengan sekatan keatas 2,484 laman pornografi dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan.
Hilmi Malik
Mon Aug 03 2020

Sebarang bentuk aplikasi atau kemudahan jika tidak digunakan dengan baik boleh bawa kepada keburukan atau masalah kepada masyarakat. - Gambar fail

COVID-19: Thailand dalam proses tambah pemerolehan vaksin
Pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat dan Rusia.

AWANI Ringkas: PKPD di beberapa lokaliti bermula hari ini | Kadar R-Naught meningkat lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Rundingan nuklear Iran catat perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Kes positif global lepasi 140 juta, angka korban lepasi 3 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melepasi 140 juta, berikutan pertambahan 800,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Suspek didakwa menghimpit motosikal anggota polis terbabit hingga menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

Polis nafi suspek berkaitan penemuan mayat ditangkap
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata setakat petang semalam tiada sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut dilakukan.

Yusuf Al-Qaradawi positif COVID-19
Bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima penjagaan yang sewajarnya.

Zii Jia harap tuah Yonex
Penajaan oleh Yonex mampu membakar semangat pemain lain serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus tampil lebih cemerlang memajukan sukan badminton tanah air.

Guru dijangkiti COVID-19, SK Bukit Jenun diarah tutup
Penutupan sekolah berkenaan bermula jam 2.30 petang semalam sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi tujuan sanitasi.

Dua sekolah rendah ditutup selepas dua zon bertukar merah di Sibu
Penutupan membabitkan SK Abang Ali dan SK St Mary, masing-masing di Zon 9 Jalan Awang Ramli Amit dan Zon 10 Kampung Dato.

JPN terima 33,244 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran setakat Februari
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima 33,244 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran (DLSK) sejak 2018 hingga Februari lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Bas bawa pelajar terjunam ke gaung, 22 terbunuh
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.

Tindakan kepada ibu bapa merayau lepas hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang merayau selepas menghantar anak ke sekolah asrama di daerah atau negeri lain boleh dikenakan tindakan.

Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.

Pembukaan sekolah beri sinar baharu pada pengusaha bas dan van
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal."

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Pembukaan semula sekolah: Ibu bapa zahir perasaan bimbang
Sebahagian besar golongan ibu bapa di Pulau Pinang masih meluahkan perasaan bimbang bagi melepaskan anak mereka untuk kembali semula ke sekolah.