Masyarakat negara ini harus sedar akan wujudnya perbezaan hak asasi manusia yang ditulis oleh masyarakat Barat dengan hak asasi menurut tradisi Islam.
Pandangan tersebut diluahkan oleh Ahli Majlis Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Jamaludin Shamsudin yang menegaskan bahawa terdapat beberapa perkara dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) yang diguna-pakai di peringkat antarabangsa tidak selari dengan agama Islam.
"Hak asasi manusia bukan monopoli pihak Barat sahaja. Tanggungjawab adalah penting, bukan semata-mata mendapatkan hak sahaja. Bagi umat Islam, hak asasi manusia mestilah selaras dengan hadis dan wahyu," kata Jamaludin.
Beliau turut menyentuh isu pasangan warga Malaysia yang kini ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak mereka disebabkan tidak menunaikan solat sebagai satu perkara yang pelik.
"Mereka hanya memukul tangan anak mereka sedikit sahaja kerana tidak mahu bersolat. Bagi kita (umat Islam) ini bukan satu perkara yang pelik kerana sebagai orang Islam, kita perlu memenuhi tuntutan agama.
"Tetapi apabila ibu bapa dipisahkan daripada anak-anak sendiri disebabkan memukul tangan anak mereka, ini satu perkara yang pelik untuk kita," tambahnya.
Jamaludin berkata demikian sewaktu sidang media bagi mengumumkan penganjuran Forum Kebangsaan Hak Asasi Manusia dalam Tradisi Islam yang akan berlangsung pada Jumaat ini, 24 Januari 2014.
Beliau yang juga merupakan pengarah forum terbabit berkata, tuntutan mendapatkan hak asasi kini dilihat tidak mempunyai sempadan apabila perkara-perkara yang menjadi larangan dalam agama juga turut dipaksa diterima atas nama hak asasi manusia.
"Sebagai contoh kebenaran mempraktikkan LGBT yang sudah tentunya ia dilarang dalam agama. Bukan sahaja dalam Islam, tetapi juga agama lain. Masyarakat Barat membuat peraturan hak asasi ini berdasarkan pengalaman mereka. Tetapi, pengalaman ini tidak semestinya sesuai dengan Islam," tambah Jamaludin.
Menurutnya, forum yang bakal berlangsung dalam dua hari lagi ini akan diadakan bagi menjelaskan serta menegaskan kedudukan Islam dalam isu-isu hak asasi manusia.
Selain itu menurutnya, forum ini akan diadakan bagi mengemukakan kaedah yang boleh digunapakai dalam menangani isu hak asasi kepada pihak berwajib selain menyediakan analisa kritis perbandingan hak asasi manusia dalam bentuk buku ilmiah dan resolusi penyelesaian untuk rujukan umum.
Antara panel yang akan mengambil bahagian dalam forum ini adalah Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi JUST dan Yayasan 1Malaysia, Prof Dr Chandra Muzaffar serta Profesor Sains Politik dan Pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Muddathir Abdul Al-Rahim.
Turut akan hadir serta memberi ucaptama pada forum berkenaan adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajian Islam Malaysia (PERKIM).
Pada majlis tersebut, Tun Mahathir akan turut melancarkan buku hasil tulisan Dr Muddathir bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan dalam Tradisi Islam' yang diharap dapat membuka kefahaman bangsa bagaimana hak asasi manusia berupaya menjadi satu falsafah.
"Forum ini bukanlah untuk umat Islam sahaja, malah ia dibuka kepada semua penganut agama lain agar mereka dapat memahami hubungan yang jelas antara Islam dan hak asasi kemanusiaan," kata Jamaludin.
Arfa Yunus
Wed Jan 22 2014
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Masyarakat perlu tahu perbezaan hak asasi Barat dan Islam'
Masyarakat Malaysia harus sedar akan perbezaan hak asasi manusia yang ditulis oleh masyarakat Barat dengan hak asasi menurut tradisi Islam.