awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat perlu tingkatkan kepedulian sosial hadapi ancaman Daish - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
31/01/2016
13:29 MYT
Masyarakat perlu tingkatkan kepedulian sosial hadapi ancaman Daish - Asyraf Wajdi
DR ASYRAF: Militan Daish berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus. - Gambar fail
Masyarakat perlu mempertingkatkan kepedulian sosial mereka dengan mengambil tanggungjawab bersama membantu kerajaan menangani ancaman pengganas Daish.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata militan Daish berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus.
"Dahulu, jika kita dapat tangkap ketua atau anggota sesebuah kumpulan militan, kumpulan itu akan dapat dibasmi.
"Namun ia berbeza dengan Daish kerana ia tidak mempunyai struktur atau pun jemaah dan individu boleh terpengaruh walau hanya dengan menonton dakyah yang disebarkan oleh kumpulan itu menerusi media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 337 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata masyarakat kini perlu mempunyai sifat 'jaga tepi kain orang' bagi mengekang penularan fahaman Daish di negara ini.
"Kita perlu tangani masalah ini secara holistik dan tidak hanya bergantung kepada pasukan keselamatan dan perundangan sahaja.
"Kita sendiri perlu menjadi sebahagian daripada 'pasukan' untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat," katanya.
Topic Berkaitan
#ancaman
#Asyraj Wajdi Dusuki
#daish
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan