Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpunan yang dipromosikan kumpulan berkenaan tidak memberi faedah kepada negara.
Diminta mengulas perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu, beliau berkata tindakan untuk menumbangkan kerajaan cara sedemikian adalah tidak sah dari segi perlembagaan dan undang-undang.
"Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau tidak, negara kita jadi negara huru hara, rakyat yang menderita," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena penyertaan beliau pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini Sabtu.
BACA: 'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
LAPOR LANGSUNG: Bersih 5 di Kuala Lumpur
Mengulas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Bersih 5, Najib berkata ia menunjukkan Dr Mahathir akan melakukan perkara-perkara yang berbeza dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.
Beliau juga berkata apa yang disuarakan oleh Dr Mahathir mengenai kedudukan ekonomi negara adalah cakap-cakap politik tanpa disokong oleh fakta serta agensi penarafan dan badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) atau Bank Dunia.
"Jika kita ada krisis ekonomi sudah tentu agensi penarafan akan turunkan rating.
"IMF dan Bank Dunia akan tegur dan bincang langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan," kata Najib.
Beliau menegaskan tiada tindakan oleh agensi antarabangsa itu membuktikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.
"Tiada sebab mengapa kita rasa cemas," katanya.
Najib menegaskan bahawa kerajaan akan terus fokus kepada pentadbiran bagi memastikan setiap program yang dirancang sampai kepada rakyat. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 20 2016
Najib berkata, apa yang disuarakan oleh Dr Mahathir (gambar) mengenai kedudukan ekonomi negara adalah cakap-cakap politik tanpa disokong oleh fakta. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.
Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.
'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.
'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.
Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.