awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2023
22:45 MYT
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Maszlee Malik mengumumkan beloau kembali ke dunia akademik sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti swasta di Cyberjaya.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kembali ke dunia akademik sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti swasta di Cyberjaya.
Mengumumkan perkara itu di akaun media sosialnya, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, skop tugasnya itu ialah memberikan kuliah berkaitan sains sosial dan pendidikan.
“Kembali mengajar. Terima kasih University of Cyberjaya di atas kepercayaan yang telah diberikan,” ujarnya dalam hantaran yang dimuat naik pada Selasa.
View this post on Instagram
A post shared by Maszlee Malik (@maszlee)
Sebelum menyertai gelanggang politik pada 2018 menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Maszlee merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pada PRU14, Maszlee memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Menteri Pendidikan.
Namun, beliau hanya memegang jawatan berkenaan selama 20 bulan sahaja sebelum membuat keputusan meletakkan jawatan.
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#pensyarah
#University of Cyberjaya
#Ahli Parlimen Simpang Renggam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan