awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2021
09:31 MYT
Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah
Bekas Menteri Pendidikan itu turut melampirkan jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.
Melalui perkongsian ciapan di Twitternya, bekas Menteri Pendidikan itu turut melampirkan jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen.
“Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia?," ciapnya.
Semenjak Mac 2020 sehingga Julai 2021 seramai 21,316 anak-anak telah berhenti sekolah!!! Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia??? Ya Allah selamatkanlah negara dan bangsaku dari ketidaktentuan masa hadapan dek kebobrokan para penguasa yang jadong pic.twitter.com/EKtpKdB7gl
— Maszlee Malik (@maszlee) December 5, 2021
Dalam soalan bertulis itu, Noor Amin meminta Mohd Radzi menyatakan jumlah pelajar yang berhenti persekolahan dari Mac 2020 sehingga kini.
Mohd Radzi menjelaskan, berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid manakala bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah.
Ini bermakna, jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang atau 0.22 peratus murid.
Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi yang mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.
Artkel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik
#Twitter
#Mohd Radzi Md Jidin
#pelajar berhenti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan