[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Maszlee tidak pernah cadang tukar SBK kepada sekolah kebangsaan

Bernama 14/11/2018 | 20:59 MYT
Maszlee smencadangkan agar SBK terbabit ditukar menjadi sekolah kerajaan agar segala perbelanjaan mengurus dan pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan laporan bahawa Menterinya Dr Maszlee Malik mencadangkan sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang tidak dapat menampung kos operasi penyelenggaraan dan pembangunan insfrastruktur supaya menukar status kepada sekolah kebangsaan.
KPM dalam kenyataan pada Rabu berkata, Maszlee sebaliknya mencadangkan SBK terbabit ditukar menjadi sekolah kerajaan agar segala perbelanjaan mengurus dan pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
"Sehubungan itu, Maszlee tidak menyebut atau mengesyorkan agar SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan," katanya.
KPM berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya kepada semua jenis sekolah termasuk SBK.
Pada Selasa, sebuah akhbar berbahasa Tamil menyiarkan laporan mengenai kenyataan Maszlee semasa menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, bertajuk "Tukar menjadi sekolah kebangsaan".
KPM berkata laporan itu memberi gambaran sekolah-olah kementerian menyarankan agar semua SBK ditukar kepada sekolah kebangsaan.
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #Maszlee Malik #sekolah bantuan kerajaan #Sekolah Kebangsaan