Mat rempit kembali pamer lagak ala Superman di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Jun 25, 2020 03:47 MYT
Abd Razak memberi amaran, penguatkuaasaan lebih ketat akan dibuat bagi membendung aktiviti tidak sihat lumba haram. - Astro AWANI
Menunggang motosikal secara melulu dengan mempamerkan lagak ala Superman kembali menjadi rutin mat rempit di Terengganu khususnya pada hari cuti dan hujung minggu.
Mat rempit berkenaan menggunakan kelonggaran menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk kembali berlumba secara haram.
Justeru, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Abd Razak Hasan, memberi amaran, penguatkuasaan lebih ketat akan dibuat bagi membendung aktiviti tidak sihat itu.
Menurutnya, skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu telah digerakkan untuk memantau aktiviti lumba haram di negeri itu.
Beliau berkata, bermula Mac hingga 23 Jun lalu, 62 tangkapan dilakukan di seluruh negeri itu membabitkan mat rempit berusia antara 16 dan 32 tahun.
Abdul Razak berkata, tumpuan penguatkuasaan akan dilakukan di laluan yang sering menjadi tumpuan mat rempit berkenaan, termasuk di Lebuhraya Pantai Timur Dua dan Jalan Pantai.
#Abd Razak Hasan #haram #kelonggaran #LPT #lumba haram #mat rempit #operasi #penguatkuasaan lebih ketat #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #polis trafik #rempit #siasatan #tangkapan #terengganu