Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegur tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin BN dengan mendakwa mereka sedang berlakon sakit.
Mohamad berkata, tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan bukan budaya rakyat Malaysia.
"Kita seharusnya mendoakan sesiapa sahaja yang sakit diberikan kesembuhan dengan segera dan bukannya memperlekehkan mereka," katanya.
Baru-baru ini, tular gambar beberapa pemimpin yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sedang dirawat di hospital.
Ianya termasuk gambar bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri dan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terlantar di katil, tersebar di media sosial.
Pada masa yang sama Menteri Pertahanan itu berkata, Amanah konsisten dalam menentang rasuah dan penyelewengan dalam BN sehingga berjaya mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menumbangkan BN.
Malah menurutnya perjuangan itu diteruskan selepas PH menubuhkan kerajaan.
"Usaha itu dapat dilihat dengan pendakwaan demi pendakwaan mahkamah terhadap bekas pemimpin kerajaan dan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan kegiatan rasuah dan penyeleweng,"katanya.
Tambahnya, kerajaan PH menyerahkan proses undang-undang berjalan dan mahkamah untuk bertindak secara bebas dan adil dalam menghakimi pesalah-pesalah rasuah.
Sinar Harian
Fri Nov 16 2018
Mohamad berkata, tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan bukan budaya rakyat Malaysia. - Gambar fail
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Mat Sabu tegur pihak perlekeh pemimpin BN
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegur tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin BN dengan mendakwa mereka sedang berlakon sakit.