SEREMBAN: Sepasang suami isteri tidak menyangka keadaan mata sebelah kiri anak bongsu berusia dua tahun yang kelihatan bercahaya rupa-rupanya petanda kanser.
Lebih mengejutkan Mohd Azriq Azman, 30, dan Nurhaleda Izatty Mohd Arif, 29, apabila kanser yang menyerang Muhammad Eshal Daiyan Mohd Azriq sudah berada pada tahap kritikal sehingga menyebabkan bebola mata sebelah kirinya terpaksa dibuang bulan lalu.
Nurhaleda Izatty berkata, mata Eshal kelihatan berkaca sejak April lalu namun pada waktu itu dia tidak menunjukkan sebarang simptom yang meragukan.
"Kami pun ada bawa Eshal ke klinik dan doktor memaklumkan matanya tiada masalah. Jadi kami tak fikir apa-apa.
"Tapi pada Ogos lalu, seorang doktor pakar yang juga kenalan kepada ahli keluarga kami mendakwa keadaan mata Eshal disebabkan kanser dan sudah berada pada tahap serius," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Senawang Jaya pada Sabtu.
Nurhaleda Izatty berkata, dia kemudian membawa anaknya ke klinik untuk pemeriksaan tetapi dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di sini sebelum dirujuk pula ke Hospital Tunku Azizah (HTA) di ibu negara.
Ujarnya, luluh hatinya apabila doktor mengesahkan kanser pada mata sebelah kiri Eshal sudah berada pada tahap serius.
"Rupa-rupanya dah lama mata kiri Eshal tak nampak disebabkan kanser dan sebenarnya sehingga kini saya masih sukar nak terima hakikat itu.
"Lagi pun dia aktif seperti kanak-kanak lain. Tapi saya reda dan kini berharap mata kanannya dapat diselamatkan selepas doktor beritahu kanser turut menyerang mata terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Sabtu.
Menurutnya, anaknya kini menjalani rawatan kemoterapi sejak Ogos lalu di HTA bagi mematikan sel kanser daripada terus merebak.
Sementara itu kata Mohd Azriq, rutinnya dan isteri berulang alik ke hospital untuk rawatan Eshal menyebabkan pendapatannya sebagai penghantar makanan sedikit terjejas.
"Kadang-kadang dua hari saya tak kerja. Kos rawatan itu tiada masalah sangat kerana dia dirawat di hospital kerajaan tapi kos ulang-alik dan penginapan itu yang tinggi," katanya yang mempunyai dua anak.
Sebelum itu, pasangan suami isteri berkenaan dikunjungi oleh Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS), Zulkifli Muhamed dan Pegawai Agihan Zakat Baitulmal Senawang, Mohd Suhaimi Mohd Aziz.
Pihak terbabit turut menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 04 2022
Nurhaleda Izatty (kanan) mengesat mata Eshal sambil diperhatikan Mohd Azriq. -Foto Sinar Harian
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Mata anak bercahaya rupanya petanda kanser
Nurhaleda Izatty berkata, mata Eshal kelihatan berkaca sejak April lalu namun pada waktu itu dia tidak menunjukkan sebarang simptom yang meragukan.