Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

MATEC 2025 kukuhkan ekosistem automotif negara, mahu tarik minat lebih ramai pemain industri

Naz Raseed 25/10/2025 | 05:00 MYT
Sesuai dengan rekod peningkatan kadar jualan kenderaan jenis EV di Malaysia, menjadi objektif utama MARA dalam penganjuran MATEC 2025 yang bermula 31 Oktober hingga 2 November 2025. -Foto MARA
KUALA LUMPUR: Kejayaan penganjuran Karnival MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2024 menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan edisi tahun ini, sekali gus dapat mengangkat acara tersebut sebagai antara platform tahunan utama dalam industri automotif negara.


Ringkasan AI
  • MATEC 2024 berjaya cipta asas kukuh dengan jualan mencecah RM20 juta dan lebih 30,000 pengunjung, menjadikannya platform tahunan utama industri automotif.
  • Objektif utama MATEC 2025 ialah menarik lebih ramai pemain industri bagi memperkenalkan produk dan inovasi baharu dalam sektor automotif tempatan.
  • Peningkatan hampir 90% jualan kenderaan elektrik (EV) membuka peluang kepada MATEC 2025 untuk memperkukuh kedudukan sebagai platform utama industri EV negara.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah MARA Zahari Aziz, kejayaan tahun lalu dengan jualan terkumpul mencecah RM20 juta serta kehadiran lebih 30,000 pengunjung menjadi bukti kepada penerimaan positif terhadap usaha MARA dalam memperkukuh ekosistem automotif tempatan.

“Penganjuran MATEC 2024 menjadi asas kepada penganjuran tahun ini.

"Dengan pencapaian yang dicapai pada tahun lalu, MATEC kini dilihat berpotensi menjadi acara tahunan yang mengangkat nama MARA seiring kejayaan penganjuran sebelum ini.” jelas Zahari ketika ditemu bual dalam rancangan AWANI Pagi, di sini, hari ini.

Selain itu, objektif utama MATEC, jelasnya, adalah untuk menarik minat lebih ramai pemain industri automotif agar dapat diperkenalkan pelbagai produk serta inovasi yang dibangunkan khusus untuk sektor tersebut.

Sementara itu, Zahari memaklumkan bahawa peningkatan hampir 90 peratus kadar penjualan kenderaan elektrik (EV) pada tahun ini turut membuka peluang lebih luas kepada MATEC 2025 dalam memperkukuh kedudukan sebagai platform rujukan dalam industri kenderaan masa depan.

“Melalui karnival MATEC 2025, kita mahu terus memperkenalkan potensi sebenar industri automotif tempatan, khususnya dalam kalangan pemain industri kenderaan elektrik.” ujar beliau.

Difahamkan, rakan strategik utama bagi MATEC 2025 terdiri daripada PETRONAS, PMH, GGR, Bubbles O2, Bateriku, Havoc Food Festival, Mannol, Lubrex, Little Joe, Decathlon.

Zahari menambah, MATEC 2025 turut menarik penglibatan agensi seperti PUNB, MARii, SME Corp, dan Pusat Zakat yang menyediakan maklumat serta kemudahan terkini untuk pemain industri tempatan.






#MARA #MATEC 2025 #kenderaan EV #Electric Vehicle