Mati pucuk: 83% setuju dapatkan bantuan - Tinjauan

Astro Awani
Ogos 13, 2016 00:08 MYT
Menurut Dr Mohd Ismail Tambi, terdapat kira-kira tiga juta lelaki di Malaysia mengalami mati pucuk - Foto fail
Tinjauan Astro AWANI di media sosial Selasa lalu mendapati 83 peratus responden bersetuju untuk mendapatkan bantuan profesional sekiranya berhadapan dengan masalah erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk.
Lebih 1,700 undian diterima menerusi undian yang dijalankan di akaun Twitter rasmi Astro AWANI, @501Awani.
Pengguna Facebook turut berkongsi pandangan di laman Facebook rasmi Astro AWANI.
Rata-rata netizen bersetuju bahawa lelaki perlu berterus-terang sekiranya berhadapan dengan masalah tersebut.
Seorang pengguna, Rozeta Japly misalnya menegaskan tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan kerana pihak hospital misalnya menjaga kerahsiaan pesakit.

#AWANInews Jika anda alami erectile dysfunction (mati pucuk), adakah anda akan dapatkan bantuan profesional?

— Astro AWANI (@501Awani) August 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kesihatan #mati pucuk