awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan berterusan pintu sempadan Rafah burukkan krisis kemanusiaan di Gaza
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/04/2022
06:13 MYT
MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik
MATTA 2022 dijangka mampu merancakkan lagi industri pelancongan domestik dan juga antarabangsa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan kembali berlangsung pada 9 dan 10 April ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan menawarkan pelbagai pakej tiket penerbangan dan pelancongan menarik.
Acara itu kembali dengan kerjasama rakan kongsinya, Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi selain Firefly dan MASwings yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.
Menurut Bendahari Kehormatnya Nigel Wong, dengan Fasa Peralihan Endemik dan pembukaan sempadan negara yang dilaksanakan ketika ini, usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara menerusi pameran kali ini adalah tepat pada masanya.
“Selain menggalakkan pelancong datang ke Malaysia, kita juga sedang berusaha untuk menggalakkan lagi pelancong tempatan untuk meneroka destinasi domestik.
“Ini adalah kali ke-5 pameran MATTA dan kita sangat gembira dan mengalu-alukan rakan rasmi kita termasuk Malaysia Airlines selain Firefly dan MASWings,” katanya pada sidang media hari ini.
Tambahnya lagi, pameran MATTA 2022 akan menawarkan 10 tiket penerbangan meliputi destinasi menarik termasuk luar negara untuk dimenangi oleh pemenang bertuah.
Malah Firefly turut menawarkan enam baucar percuma penerbangannya yang meliputi destinasi domestik.
MASWings juga tidak ketinggalan menawarkan lima baucar tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik untuk dimenangi.
Pameran tersebut menurut Nigel akan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam dalam tempoh dua hari tersebut.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#pelancong
#pelancongan
#penerbangan
#sektor pelancongan
#MATTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan