awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maulidur Rasul: Jadikan perbezaan satu kelebihan tempuhi cabaran ekonomi, kesihatan - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
19/10/2021
03:38 MYT
Maulidur Rasul: Jadikan perbezaan satu kelebihan tempuhi cabaran ekonomi, kesihatan - PM
ISMAIL SABRI: Jatuh bangun sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan dan kesepaduannya.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran ekonomi dan kesihatan ketika ini.
Malah, jelasnya, segala perbezaan yang ada seharusnya menjadi kelebihan dan bukannya kelemahan.
“Dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini, sebagai Keluarga Malaysia, kita perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma baharu.
“Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita jadikan sebagai sumber kekuatan.
"Kita jalin dan kukuhkan kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar," kata Ismail Sabri.
Mengulas tema Maulidul Rasul Kebangsaan "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti", Ismail Sabri berkata ia membawa mesej kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.
Menurut beliau, ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di samping 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.
“Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan, Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana perpaduan dan integrasi nasional telah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul.
“Ia dilakukan melalui penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul kepada insan yang banyak berbakti kepada masyarakat merentasi agama dan bangsa,” katanya dalam Perutusan Khas sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat kebangsaan 2021 pagi tadi.
Tambah beliau, ia secara langsung menyumbang ke arah melahirkan generasi Malaysia yang memiliki semangat perpaduan dan kebersamaan serta saling hormat menghormati selari dengan konsep Keluarga Malaysia.
Malah, katanya, Rasulullah ialah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan.
Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.
Islam juga, katanya, merupakan agama yang terbangun di atas prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan.
“Ia juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya Perkara 12 yang memberikan hak asasi untuk semua warganegara mendapat pendidikan tanpa sebarang diskriminasi sama ada atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir,” kata perdana menteri lagi.
Tonton video penuh perutusan Maulidur Rasul Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bawah:
[TERKINI] Perutusan PM sempena Maulidur Rasul 2021/1443H
Topic Berkaitan
#perutusan perdana menteri
#ismail sabri yaakob
#Maulidur Rasul
#Nabi Muhammad SAW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan