PETALING JAYA: Perjalanan seorang remaja 16 tahun ke sekolah bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Mahogani - Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya menerima laporan kejadian itu jam pada 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku jam 7.25 pagi ketika mangsa berusia 16 tahun berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke sekolahnya dari Jalan Kuala Selangor-Kepong menghala ke Kota Damansara.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika MPV itu mahu masuk simpang kanan Jalan Rimba Riang 9/1," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, remaja berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan saksi kejadian diminta tampil ke balai berhampiran untuk membantu siasatan.
"Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiram atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 21 2022
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa selepas bertembung dengan sebuah MPV. -Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Maut dalam perjalanan ke sekolah
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa melanggar sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika ia memasuki simpang kanan jalan.