awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dipijak lembu peliharaan pagi Aidiladha

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2017
13:00 MYT
Maut dipijak lembu peliharaan pagi Aidiladha
Sebelum kejadian, arwah sihat dan sempat menjamah sarapan nasi beriani dimasaknya setelah menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di surau berhampiran rumahnya. - Foto Sinar Harian
Sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian, Dabong, dekat sini pasrah kehilangan ahli keluarga ketika umat Islam sedang melakukan ibadah korban, Jumaat lalu.
Mangsa, Kamarudin Mamat, 65 tahun, yang jatuh setelah dipijak lembu pada bahagian dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Dabong dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Anak kedua Allahyarham, Siti Hajar Kamarudin, 36 tahun berkata, sebelum kejadian arwah sihat dan sempat menjamah sarapan nasi beriani dimasaknya setelah menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di surau berhampiran rumahnya.
"Arwah ayah sempat makan dan kemudiannya ke tempat lembunya ditambat untuk melakukan ibadah korban.
"Ketika itu, arwah juga sempat memuji nasi beriani saya masak sedap dan terus keluar," katanya menceritakan detik akhir bersama arwah kepada Sinar Harian.
Katanya, Allahyarham menternak lima lembu dan 10 kambing dan lembu hendak dikorbankan pada pagi Jumaat itu agak garang dan hanya boleh didekati arwah.
"Sebelum kejadian empat kali lembu terlepas kami yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya pulang ke rumah terletak kira-kira 100 meter untuk melihat aktiviti korban dari rumah setelah lama menunggu.
"Tidak lama kemudian arwah jatuh dan diusung orang ramai ke rumah," katanya.
Katanya, dia bersama suami serta ibunya, Che Hasmah Abd Rahman, 59, kemudiannya membawa ayahnya ke Klinik Kesihatan Dabong untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Siti Hajar turut menafikan gambar serta video yang tular di laman sosial melibatkan arwah ayahnya.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Dabong
#Islam
#Kampuing Dusun Durian
#laman sosial
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#rumah
#Siti Hajar Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan