awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut ketika perjalanan pulang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/10/2022
01:30 MYT
Maut ketika perjalanan pulang
Keadaan kereta mangsa selepas terbabas di Jalan Langkap-Dangi. - Foto PDRM
KUALA PILAH: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke rumah maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Langkap-Dangi pada Jumaat.
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 35 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
"Kemalangan ini dipercayai berlaku semasa kereta jenis Perodua Axia yang di pandu mangsa dari arah Rembau hendak pulang ke rumah di Gemencheh seorang diri.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kereta dipandunya telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh pagar tapak projek penanaman buah rock melon dan terbalik," katanya dal satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Amran berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah tersepit di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian.
"Mayatnya telah dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#Jalan Langkap-Dangi
#amran mohd ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan