MALAYSIA
Maxim, InDrive diberi amaran tegas patuhi syarat perkhidmatan - Loke

Loke memberi penerangan ketika sidang media selepas pelancaran perkhidmatan bas berhenti-henti BAS.MY di Dataran Medan di sini hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Dua syarikat pengendali e-hailing, Aist Malaysia Sdn Bhd (Maxim) dan ID Applications Sdn Bhd (InDrive) diberikan amaran tegas supaya mematuhi syarat perkhidmatan termasuk aspek keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) untuk beroperasi di negara ini.
Ringkasan AI
- Maxim dan InDrive diberi amaran tegas oleh Kementerian Pengangkutan agar mematuhi syarat perkhidmatan termasuk keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).
- Tempoh pemantauan selama tiga bulan bermula 24 Julai 2025 diberikan selepas rayuan diterima, susulan audit APAD yang mendapati ketidakpatuhan terhadap syarat EVP.
- Lesen boleh digantung atau dibatalkan jika syarikat gagal mematuhi syarat sepanjang tempoh pemantauan, namun kementerian turut mengambil kira kesan kepada pemandu dan pengguna.
"Jadi jadi kalau mereka masih langgar syarat-syarat itu, baru kita gantung lesen ataupun kita batalkan lesen mereka," katanya selepas melancarkan Bas.My Kota Setar di sini hari ini.
Loke berkata pihaknya memandang serius kesalahan beroperasi tanpa pematuhan terhadap keperluan EVP sebelum ini, namun kementerian pada masa sama memahami dan mengambil kira kesan kepada pemandu serta pengguna kedua-dua syarikat e-hailing terbabit.
"Jadi kalau kita tutup terus tanpa memberikan peluang kepada mereka menambah baik, maka akan ada pula penumpang yang membuat aduan," katanya.
Pada 24 April lepas, APAD mengeluarkan Notis Pembatalan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) kepada Maxim dan InDrive berkuat kuasa 24 Julai 2025 susulan audit yang mendapati ketidakpatuhan terutama dalam aspek keperluan EVP.
Berikutan itu, kedua-dua syarikat berkenaan membuat rayuan kepada Kementerian Pengangkutan dan rayuan mereka diterima dengan perlu menjalani tempoh pemantauan selama tiga bulan bermula 24 Julai bagi memastikan syarat perkhidmatan dipatuhi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami