awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxim langgar peraturan benar kenderaan beroperasi tanpa EVP sah - JPJ

Bernama
Bernama
10/03/2023
07:52 MYT
Maxim langgar peraturan benar kenderaan beroperasi tanpa EVP sah - JPJ
Syarikat yang beroperasi di Kuantan, Pahang itu dikesan dalam operasi Ops e-Hailing yang memfokuskan kepada pengoperasian EHO yang membenarkan kenderaan tidak berdaftar dan tiada EVP beroperasi di seluruh negara. -Facebook JPJ
PUTRAJAYA: Pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) yang mengendalikan aplikasi Maxim didapati melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kenderaan di bawah kendaliannya beroperasi tanpa permit kenderaan e-panggilan (EVP) yang sah di sekitar Putrajaya dan Pahang.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat yang beroperasi di Kuantan, Pahang itu dikesan dalam operasi Ops e-Hailing yang memfokuskan kepada pengoperasian EHO yang membenarkan kenderaan tidak berdaftar dan tiada EVP beroperasi di seluruh negara.
Menurut JPJ, hasil maklumat APAD juga mendapati hanya 402 daripada 5,000 kenderaan yang aktif menggunakan aplikasi Maxim mempunyai EVP.
JPJ memaklumkan beberapa peralatan dan dokumen syarikat seperti komputer, papan iklan, kain rentang dan gegantung disita untuk siasatan mengikut Seksyen 222 APAD 2010.
"Syarikat yang didapati membenarkan kenderaan e-panggilan beroperasi tanpa EVP boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 12A(9) APAD 2010, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
"Syarikat yang hendak menjalankan perniagaan pengantara dan penyediaan sistem EHO kepada pemandu-pemandu kenderaan e-panggilan mesti berdaftar serta dilesenkan di bawah APAD atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)," menurut kenyataan itu.
JPJ memaklumkan penumpang perkhidmatan kenderaan e-panggilan juga dinasihati memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan melalui semakan di portal APAD/LPKP terlebih dahulu.
"Ini supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan, jikalau berlaku apa-apa kemalangan jalan raya," menurut JPJ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Maxim
#EHO
#EVP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan