MALAYSIA
Maxis dan Astro rai lebih 200 masyarakat Chetti di Melaka sempena Deepavali
Ketua Wilayah Selatan Maxis Broadband Mazlan Mokhtar (dua kanan) menyerahkan komputer riba kepada Setiausaha Kuil dan Kaum Chetti Melaka T. Sithambaram Pillay (kanan) pada program semalam. - Foto Bernama
MELAKA: Maxis dan Astro meraikan lebih 200 penduduk daripada masyarakat Chetti di Melaka dengan pelbagai aktiviti kesenian serta kebudayaan bagi memeriahkan sambutan perayaan Deepavali.
Ringkasan AI
Ketua Wilayah Selatan Maxis Broadband Sdn Bhd Mazlan Mokhtar berkata inisiatif itu, yang dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat, merupakan antara program tahunan syarikat bagi meraikan kemeriahan sambutan Pesta Cahaya dengan masyarakat India.
"Program hari ini adalah istimewa dan kita berbesar hati untuk meraikan sambutan Deepavali bersama penduduk di Kampung Chetti ini dengan pelbagai aktiviti selain sedikit sumbangan agar mereka dapat meraikan perayaan itu dengan gembira.
"Kampung Chetti dan masyarakatnya sangat istimewa kerana ia sebahagian daripada warisan negara disebabkan kepelbagaian mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum serta mempunyai keunikan budaya, makanan, pakaian dan bahasa komunikasi ialah Bahasa Melayu," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata demikian selepas program Deepavali Festive Charity: Together for a Better Tomorrow anjuran Maxis dan Astro yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong semalam.
Mazlan berkata menerusi program itu, Maxis dan Astro menjalinkan kerjasama dalam merangka pelbagai aktiviti bagi mendekati serta merapatkan hubungan dengan masyarakat Chetti.
Beliau berkata pada program itu, kedua-dua syarikat turut menyumbang 100 beg makanan berisi barangan keperluan asas untuk penduduk masyarakat Chetti daripada golongan B40.
"Maxis juga menyumbang tiga komputer riba untuk bilik bacaan di Kampung Chetti selain sebuah meja pingpong... kita bukan sahaja beroperasi untuk berniaga tetapi suka menyumbang semula kepada komuniti," katanya.
Khoo pula berkata program CSR yang dilaksanakan Maxis dan Astro itu merupakan satu inisiatif baik yang perlu dicontohi lebih banyak syarikat korporat lain.
"Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima bantuan untuk membuat persiapan Deepavali sekali gus memberi sinar kegembiraan kepada mereka," katanya.
Bagi Setiausaha Kuil dan Kaum Chetti Melaka T. Sithambaram Pillay, sumbangan beg makanan amat bermakna khususnya buat golongan kurang berkemampuan untuk meraikan perayaan itu.
Beliau berkata sumbangan itu juga merupakan satu penghargaan buat masyarakat tersebut sekali gus meringankan beban mereka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Maxis dan Astro raikan lebih 200 penduduk Chetti Melaka sempena Deepavali dengan pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan.
- Sumbangan termasuk 100 beg makanan, komputer riba dan meja pingpong diberikan kepada komuniti Chetti, khususnya golongan B40.
- Program CSR ini bertujuan merapatkan hubungan dan menghargai warisan masyarakat Chetti, serta meringankan beban menjelang perayaan.