awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis, Huawei tandatangani perjanjian peruntukan rangkaian 5G

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/10/2019
10:15 MYT
Maxis, Huawei tandatangani perjanjian peruntukan rangkaian 5G
Majlis pemeteraian perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana. - Bernama
Maxis Berhad (Maxis) dan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd (Huawei) menandatangani perjanjian peruntukan rangkaian 5G di Malaysia pada Khamis.
Perjanjian tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut manakala Huawei diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Yuan.
Majlis pemeteraian perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata, kerjasama antara pemain global dan vendor tempatan adalah penting untuk membina ekosistem teknologi yang berkembang maju di Malaysia.
"Saya gembira melihat Maxis dan Huawei memanfaatkan persekitaran ini dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.
“Impak daripada teknologi canggih dalam melonjak kemajuan negara adalah nyara dan kami tidak mahu ketinggalan, terutama sekali dengan era industri 4.0 sekarang,” katanya.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengangkut Huawei Ryan Ding.
Dr Mahathir juga berkata tiada keraguan bahawa 5G akan menjadi pemacu utama untuk menghubungkan rakyat Malaysia dan mengubah industri utama seperti pembuatan, pertanian dan penjagaan kesihatan supaya Malaysia dapat terus berdaya saing di peringkat global.
Sementara itu, Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Huawei akan membekalkan peralatan radio dan perkhidmatan 4G / LTE dan 5G.
“Selain mempunyai akses kepada teknologi 5G, Maxis akan dapat memodenkan rangkaian LTE sedia ada kepada teknologi 5G.
“Dengan memanfaatkan pelaburan Maxis, ia akan dapat memudahkan pelaksanaan perkhidmatan 5G dengan lebih cepat apabila spektrum yang diperlukan disediakan,” katanya dalam ucapannya.
Dalam pada itu, ia membolehkan Maxis mendapat akses kepada pemahaman, piawaian, produk dan penyelesaian yang menjadikan 5G lebih mudah untuk dilaksanakan dan beroperasi serta memperkenalkan kes-kes penggunaan baharu di negara ini.
Topic Berkaitan
#bisnes
#Huawei
#Mahathir Mohamad
#Maxis
#Maxis Berhad
#pemain global
#teknologi 5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan