KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah Maxis Bhd akan mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham untuk memeterai perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB).
Maxis berkata tindakan itu adalah selaras dengan Seksyen 223 Akta Syarikat 2016 dan perenggan 10.07 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa.
"Lembaga pengarah telah menilai keperluan tadbir urus dan mengikut kepada nasihat profesional, percaya bahawa adalah mandatori bagi Maxis untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham memandangkan sifat perjanjian akses dan kepentingan yang terlibat," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Maxis berkata syarikat itu komited untuk memainkan peranan aktif dan peneraju dalam membawa 5G ke dalam negara, sejajar dengan aspirasi digital kerajaan melalui rangkaian DNB.
Ia juga berharap untuk menawarkan perkhidmatan 5G yang terbaik kepada semua pelanggannya serta menumpukan pada pelancaran 5G sebagai sebahagian daripada rangkaian tawaran dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham, katanya.
Maxis berhasrat menyelesaikan proses kelulusan menjelang Januari 2023, dan melancarkan produk serta perkhidmatan 5G secara komersial tidak lama kemudian.
"Sebarang pengumuman lanjut yang terperinci akan dikeluarkan dalam masa terdekat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Maxis berkata syarikat itu komited untuk memainkan peranan aktif dan peneraju dalam membawa 5G ke dalam negara, sejajar dengan aspirasi digital kerajaan melalui rangkaian DNB.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.

Banjir Kilat | Penduduk berlindung enam jam di rumah
Di Sarawak beberapa kawasan kaki bukit di Kuching dilanda banjir kilat. Antaranya Kampung Sinar Budi Batu Kawa, Kampung Kolong Matang, Taman Sejoli dan sebahagian kecil kawasan di Lundu. Keadaan seawal jam tiga pagi itu berlaku selepas hujan berterusan selama 24 jam dengan jarak kediaman hanya beberapa meter dari sungai.

Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih
Sekurang kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir. Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau. Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum berjaya dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.

Gagasan Rakyat | Armizan kekal Ahli Langsung GRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Sebaliknya kata Ahli Parlimen Papar itu, beliau kekal sebagai Ahli Langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Banjir | Mangsa di PPS mahu pulang, risau keadaan rumah
Selepas empat hari ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa banjir di Pitas ingin segera pulang ke kediaman masing-masing. Apa yang diresahkan keadaan rumah dan harta benda di dalamnya yang ditinggalkan begitu sahaja sebelum ini. Itu tidak termasuk haiwan ternakan yang berkemungkinan besar sudah lagi tiada.

Banjir Sabah | Jumlah mangsa meningkat kepada 607
Jumlah mangsa banjir di Sabah kini 1,496 orang setakat jam 4 petang Ahad. Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, ia melibatkan 609 ketua isi rumah (KIR) dari tiga kawasan terjejas, iaitu Paitan, Pitas dan Lahad Datu.

Penduduk kampung redah air 3km dapatkan bekalan makanan
Penduduk Kampung Baru Jemari, di sini terpaksa meredah air sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan makanan selepas jalan utama di kampung berkenaan ditenggelami air sejak semalam.

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Beliau mendedahkan peranan beliau sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Jokowi optimis ASEAN kekal relevan meski berdepan krisis global
Tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia.

eKelas Usahawan Maxis tarik minat ramai peserta dan rakan kongsi
Ia berjaya menarik minat lebih 2,400 usahawan tempatan melalui 39 bengkel yang disampaikan secara fizikal dan maya di seluruh negara.

Maxis Berhad terima pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Penganugerahan ini mengesahkan pendekatan sifar rasuah jenama dalam menerajui bidang telekomunikasi negara.

1 JUTA pas perlawanan sooka PERCUMA untuk menyaksikan Piala Dunia 2022 dengan kempen #SebolaSuara Maxis
Sempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang baharu sahaja bermula, syarikat telekomunikasi Maxis telah melancarkan kempen #SebolaSuara dengan tawaran 1 juta pas perlawanan sooka percuma.

Maxis mahu dapatkan kelulusan pemegang saham untuk perjanjian akses 5G dengan DNB
Syarikat itu komited untuk memainkan peranan aktif dan peneraju dalam membawa 5G ke dalam negara.

Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember
Goh akan secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut, yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Nov 2022.

Angkat golongan belia sebagai pembentuk budaya, ekonomi negara
Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022, Maxis menghasilkan filem pendek terbaharunya bertajuk "Apalah Generasi ini?".

Projek 5G kekal berjalan - Annuar
Pelaksanaan 5G akan diteruskan walaupun dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengambil keputusan untuk tidak mengambil kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Maxis raih tiga anugerah emas pada Contact Centre World Awards di Bali
Anugerah ini diadakan semasa persidangan 17th Annual Contact Centre & CX Best Practices untuk rantau Asia Pasifik.

Jelajah UsahaWIRA Maxis Business bakal beri inspirasi untuk digitalisasi PKS
Jelajah ini bertujuan untuk mendidik PKS dalam menjalani digitalisasi dengan berjaya serta sedia untuk masa hadapan.

eKelas: Pengalaman pembelajaran jadi lebih interaktif, seronok
Ia menyediakan lebih daripada 3,000 kandungan pembelajaran bagi mata pelajaran teras seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.