KUALA LUMPUR:Syarikat telekomunikasi Maxis Berhad mengumumkan pengambilalihan syarikat penyelesaian awan dan suara UC tempatan, Audeonet Malaysia Sdn Bhd.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus, pengambilalihan melalui Maxis Business itu dijangka menjadikan Maxis sebagai Syarikat Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia.
Menurut beliau, pengintegrasian Audeonet ke dalam Maxis merupakan pengambilalihan kedua syarikat tersebut selepas kejayaan mengambil alih Infrastructure Consulting & Managed Services (ICMS), sebuah syarikat Microsoft Gold Partner dan penyelesaian awam pada awal tahun ini.
"Tenaga kerja moden sudah berubah secara drastik bahkan sebelum COVID-19. Kerja jarak jauh menjadi pendekatan utama dan menjadikan kolaborasi dan komunikasi yang berkesan sebagai asas perniagaan untuk menjadi produktif.
"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Audeonet. Kepakaran teknikal mereka dan perkongsian utama dengan penyedia suara di premis dan telefoni Awan akan memperkukuhkan perkhidmatan dan penawaran kami untuk pelanggan perusahaan.
"Ini sejajar dengan strategi konvergen yang lebih meluas dan komitmen kami untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan dan negara terus menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Paul McManus dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, pengembangan kemampuan UC dan suara Maxis akan memberi akses kepada pelanggan perusahaannya ke rangkaian penawaran produk terkemuka industri dan meningkatkan transformasi digital mereka untuk persekitaran kerja yang produktif di premis mahupun jarak jauh dengan kos yang menjimatkan.
Pengambilalihan ini juga, kata McManus, akan menjadikan Maxis Business sebagai pengedar eksklusif Deltapath di Malaysia.
"Deltapath adalah penyedia global penyelesaian sistem telefoni Internet Protocol (VoIP). Maxis Business juga akan menjadi Penjual Emas Lifesize, menawarkan penyelesaian konferens video 4k berasaskan Awan.
"Penyelesaian baharu ini akan digabungkan dengan penawaran Maxis Business semasa dan disampaikan melalui rangkaian mudah alih dan tetap 4G terpadu di Malaysia untuk menyampaikan teknologi inovatif sambil memberikan pengalaman rangkaian tanpa rasa bimbang," katanya.
Bagaimanapun, nilai transaksi pemerolehan itu tidak dinyatakan.
Fareez Azman
Thu Dec 03 2020

Paul McManus berkata, pengambilalihan melalui Maxis Business itu dijangka dapat menjadikan Maxis sebagai Syarikat Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia. - Gambar Maxis Berhad

AWANI Ringkas: Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.

Banjir di semua negeri terjejas semakin pulih
Situasi bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak awal minggu ini dilaporkan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan di kedua-dua negeri itu hari ini.
![AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24661240921610801970234/1885832_10096175011610802902019_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - @KKMPutrajaya arah NPRA nilai semula vaksin Pfizer-BioNTech. - Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuh. - Kenapa @shahidan_kassim selar @anwaribrahim? #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

#AgendaAWANIAsia: Vaksin #COVID19: Hak Untuk Semua
Perkembangan semasa dalam usaha vaksinasi COVID-19 di negara serantau menjadi tumpuan ketika ini. Apa signifikan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyediaan vaksin COVID-19 tidak meminggirkan mana-mana pihak? Diskusi dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini hanya di Astro AWANI saluran 501 & astroawani.com/live-tv

Samsung | Siri Galaxy S21 5G ungguli pasaran peranti pintar
Penggemar jenama telefon pintar terkemuka, Samsung kini boleh membuat pra tempahan untuk peranti kelas perdana terbaharu iaitu Siri Samsung Galaxy S21 5G. Diperkenalkan kepada pasaran dalam majlis pelancaran secara maya pada Khamis, siri kali ini hadir dengan tiga variasi berbeza iaitu samsung Galaxy S21 5G, S21 Plus 5G dan S21 Ultra 5G.

Sriwijaya Air | Pasukan Amerika Syarikat sertai siasatan
Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta pada Sabtu bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.

COVID-19: NADMA naik taraf PKRC MAEPS, sedia buka ikut zon
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah itu bagi mengurangkan jumlah pesakit di hospital susulan jangkitan kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Darurat: Cadangan Anwar tergesa-gesa, tidak wajar
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat disifatkan sebagai tergesa-gesa dan tidak wajar dilakukan.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.07 mata kepada 1,639.34 selepas dibuka rendah 0.15 mata kepada 1,644.26 daripada 1,644.41 semasa ditutup pada Rabu.

Telco sedia pelbagai insentif kepada calon SPM, STPM, B40 - MCMC
Pelajar daripada keluarga golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Daftar prabayar tanpa pengesahan, lima syarikat telekomunikasi dikompaun
Tindakan diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tempoh antara Ogos dan Oktober tahun lalu.

Bidang berkait teknologi akan dapat permintaan tinggi - Muhyiddin
Minat generasi baru perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal meskipun ia kerap dikaitkan dengan istilah 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous.

Maxis perluas keupayaan canggih penyelesaian Enterprise dengan pengambilalihan Audeonet
Syarikat telekomunikasi Maxis Berhad mengumumkan pengambilalihan syarikat penyelesaian awan dan suara UC tempatan, Audeonet Malaysia Sendirian Berhad.

Usahawan IKS perlu sedar kepentingan kesediaan digital - Wan Junaidi
Usahawan tidak boleh lagi melihat kesediaan digital sebagai satu pilihan kerana ia kini merupakan satu keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan.

Untung bersih suku kedua Maxis susut kepada RM343 juta
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata rosot nilai bayaran belum terima dan deposit meningkat lebih empat kali ganda kepada RM118 juta.

Raya normal baharu, ini lima iklan dengan tontonan tertinggi
Suasana hari raya dalam normal baharu menjadi tema, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan Mac lalu.

Bursa Malaysia tinggi semasa akhiri sesi pagi
Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh, dalam keadaan kelembapan kenaikan semula harga minyak mentah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan pelabur kembali ke pasaran untuk menyokong kaunter tenaga susulan peningkatan semula semalaman harga minyak.