awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB - Fahmi Fadzil

Bernama
Bernama
14/08/2023
14:14 MYT
Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB - Fahmi Fadzil
Maxis bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Maxis bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata persetujuan itu berikutan beberapa siri perbincangan sejak keputusan jemaah Menteri pada 3 Mei lepas untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
"Ini bermakna semua telco utama di Malaysia akan sediakan 5G," katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook malam ini.
Fahmi sebelum ini berkata selain Maxis, CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB, seterusnya menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung tahun ini.
Ia susulan kejayaan Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam DNB dan Perjanjian Akses 5G bersama DNB.
Akhirnya, setelah beberapa siri perbincangan pasca keputusan Kabinet 3 Mei lalu, Maxis hari ini setuju untuk tandatangan...
Posted by Fahmi Fadzil on
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maxis
#perjanjian akses 5G
#DNB
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan