awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis sokong perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk kumpulan sasar

Bernama
Bernama
04/02/2023
08:23 MYT
Maxis sokong perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk kumpulan sasar
Maxis Bhd mengulangi komitmennya untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti asas dan boleh diakses oleh semua pihak. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mengulangi komitmennya untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti asas dan boleh diakses oleh semua pihak.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penyedia telekomunikasi (telco) itu berkata, sehubungan itu, ia menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang akan menawarkan akses perkhidmatan jalur lebar mampu milik kepada segmen sasaran.
"Syarikat telco ini percaya ia merupakan inisiatif penting dan tepat pada masanya untuk membantu rakyat Malaysia kekal di hadapan dalam persekitaran yang semakin digital untuk masa lapang, pekerjaan, pendidikan dan hiburan.
"Butiran mengenai pelaksanaan Pakej Perpaduan ini akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.
Seiring dengan konsep Malaysia Madani, pakej itu akan menawarkan perkhidmatan Internet dengan kelajuan sehingga 30 megabit sesaat bersama data tanpa had berharga RM69 sebulan.
Pakej itu yang akan mula ditawarkan pada Mac ini menyasarkan kumpulan B40, veteran, orang kurang upaya dan warga emas untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar dengan harga lebih rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maxis
#perkhidmatan jalur lebar mampu milik
#Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil
#Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan