[TERKINI] Titah Adendum: Rayuan Peguam Negara Ditolak – Semakan Kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi KL
MALAYSIA

Mayat bayi berbalut lampin ditemukan di PPR Gua Musang

Sinar Harian 13/08/2025 | 02:55 MYT
Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut dengan kain lampin berdarah berhampiran pondok dekat kawasan taman permainan PPR Gua Musang pada Selesa. - Gambar Hiasan/Sinar Harian
GUA MUSANG: Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut kain lampin berdarah berhampiran sebuah pondok dekat kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini semalam.

Bayi terbabit dipercayai dijumpai oleh dua remaja lelaki pada jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan penemuan jasad bayi lelaki di kawasan PPR Gua Musang.

“Bayi berkenaan sudah tidak bernyawa ketika ditemukan penduduk.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Sinar Harian






#mayat bayi #PPR Gua Musang #bayi berbalut lampin #bayi lelaki