Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik berwarna hitam di atas jambatan berhampiran Jalan Parang, Pelabuhan Utara di sini, semalam.
Mayat bayi itu dijumpai seorang pekerja juruukur jalan ketika sedang membuat kerja penyelenggaraan di kawasan itu kira-kira pukul 9.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata bayi itu dipercayai baru dilahirkan berikutan dijumpai bersama uri.
"Mayat bayi dalam keadaan sempurna itu dipercayai berusia lingkungan enam bulan (ketika dalam kandungan) dan masih bersama uri...siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera dan luka pada sebelah kanan perut bayi.
"Tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat," katanya.
Mohd Yusoff berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik berwarna hitam di atas jambatan berhampiran Jalan Parang, Pelabuhan Utara di sini, semalam. -Gambar sumbangan orang awam
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.