awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas surau

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2023
10:38 MYT
Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas surau
Mayat bayi yang dipercayai meninggal lebih 48 jam itu dijumpai oleh orang awam yang terhidu bau kurang menyenangkan dari tandas berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi. - Gambar/ Sinar Harian
BESUT: Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan di dalam plastik di sebuah tandas surau di Pengkalan Nyireh, dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, berkata, mayat bayi yang dipercayai meninggal selepas 48 jam itu dijumpai oleh orang awam yang terhidu bau kurang menyenangkan dari tandas berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.
Menurutnya, wanita yang berusia 48 tahun itu bersama seorang rakannya menjumpai sebuah baldi berwarna merah yang berada dalam keadaan telungkup di tandas tersebut.
"Apabila dibuka baldi itu, mereka menjumpai mayat bayi perempuan dan kemudian terus memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa surau supaya melaporkan perkara itu kepada polis.
"Saya mengesahkan pihak polis menerima satu laporan pada jam 11.13 pagi berhubung penemuan mayat bayi perempuan yang meninggal dunia di dalam plastik di tandas surau berkenaan.
"Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat mayat seorang bayi perempuan cukup sifat di mana tali pusatnya telah dipotong dan tanpa uri selain tiada kecederaan fizikal lain kelihatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Katanya, mayat bayi tersebut telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata, pihak polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kes ini," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jumpa mayat bayi
#tandas surau
#terengganu
#Pengkalan Nyireh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan