awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi ditemui tertanam depan rumah di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/08/2024
07:42 MYT
Mayat bayi ditemui tertanam depan rumah  di Ipoh
Difahamkan pengadu telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta, sebelum terjumpa cebisan kain sarung. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Seorang penyewa terkejut apabila terjumpa mayat bayi yang dibaluti kain sarung tertanam di hadapan rumah yang bakal didiaminya di Taman Sri Rokam, Ipoh pada Rabu.
Mayat itu ditemui kira-kira jam 11 pagi ketika pengadu sedang membuat kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan.
Astro AWANI difahamkan pengadu telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta, sebelum terjumpa cebisan kain sarung.
Pengadu dikatakan telah menarik kain tersebut dan menemui mayat bayi di sebalik kain itu.
Pengadu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, sekitar jam 12 tengah hari.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan polis dan maklumat lanjut mengenai penemuan itu.
Topic Berkaitan
#jumpa mayat bayi
#Ipoh
#mayat bayi depan rumah
#tanam depan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan