awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam tong sampah pangsapuri

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2017
09:14 MYT
Mayat bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam tong sampah pangsapuri
Mayat bayi malang yang berbalut surat khabar dan kain batik itu ditemui seorang pesara kerajaan, Mahmud Manaf, 80, yang ketika itu sedang mencari sampah. - Foto Astro AWANI
Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam sebuah tong sampah di Pangsapuri Permata dekat Bandar Perda, di sini pagi tadi.
Mayat bayi malang yang berbalut surat khabar dan kain batik itu ditemui seorang pesara kerajaan, Mahmud Manaf, 80, yang ketika itu sedang mencari sampah untuk dikitar semula kira kira jam 11.30 pagi.
Menurutnya, dia tidak menyangka bungkusan plastik hitam yang disangkanya sampah itu rupanya mayat bayi yang dibuang.
Berdasarkan keadaan mayat yang masih bertali pusat, dia percaya bayi itu dilahirkan awal pagi hari ini.
Menurut pesara kerajaan terbabit, dia tidak menyangka bungkusan plastik hitam yang disangkanya sampah itu rupanya mayat bayi yang dibuang. - Foto Astro AWANI
Menurut pesara kerajaan terbabit, dia tidak menyangka bungkusan plastik hitam yang disangkanya sampah itu rupanya mayat bayi yang dibuang. - Foto Astro AWANI
“Saya datang nak ambil botol, bila selak ada bungkusan pelik. Saya angkat bungkusan macam ada kain batik, diikat dengan tali. Saya angkat, saya raba, ada kepala dan letak balik. Tengok bayi ditutup dengan kain batik dan diikat tali hitam, kertas surat khabar dan plastik hitam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terkejut dengan penemuan itu dia terus memaklumkan kepada peniaga berhampiran yang kemudian membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam.
Mayat bayi berkenaan kemudiannya di bawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid mengesahkan kejadian tersebut.
Polis katanya akan menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#jumpa mayat bayi
#Mayat bayi bertali pusat
#Pangsapuri Permata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan