NATIONAL
Mayat bayi masih bertali pusat ditemukan di Sungai Klang
Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi pada pukul 2.05 petang. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama, di sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama pada hari Jumaat.
- Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi pada pukul 2.05 petang. Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat bayi itu dibawa keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Polis masih mengesan suspek dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 2.05 petang berhubung penemuan objek seakan-akan mayat bayi.
“Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mayat bayi itu dibawa keluar.
“Mayat itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses dibedah siasat, dijangka esok (Sabtu), jam 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Ku Mashariman memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.
Katanya, polis masih mengesan suspek dan setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis terdekat.