BUTTERWORTH: Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, Butterworth pada Sabtu.

Mayat bayi yang berbalut dengan sehelai kain ditemui oleh seorang wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut pada 9.35 pagi tad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara(SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan berkenaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut.

Polis bersama dengan bantuan penduduk setempat sedang mencari penduduk di sekeliling yang dalam pantang lepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu.