awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/12/2021
02:54 MYT
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah
Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat bayi itu disedari pekerja DBKL ketika dia sedang menjalankan kerja-kerja memungut sampah, pada Isnin. - Gambar IPD Cheras.
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah tong sampah di sini, semalam.
Ia ditemui berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat Flat Bandar Tun Razak, Cheras, menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar.
Katanya, perkara itu disedari pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika lelaki warga asing itu sedang memungut sampah, kira-kira pukul 5.50 petang semalam.
"Dia (pekerja DBKL) mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat tersebut, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat di atas tong sampah tersebut.
"Dan dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyelianya," kata Muhammad Idzam dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat bayi malang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditinggalkan pada mayat itu.
"Polis masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#tong sampah
#Flat Bandar Tun Razak Cheras
#pekerja DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan