Mayat budak lelaki yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dekat sini malam tadi dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi ini.

Bedah siasat itu bermula pada pukul 9.30 pagi.

Ibu bapa kepada William Yau, kanak-kanak yang hilang sejak seminggu yang lalu dilihat memasuki bilik mayat melalui pintu belakang kira-kira pukul 11 pagi.

Pasangan tersebut diminta ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mengenal pasti satu mayat yang ditemui di sebatang sungai.

Pakar forensik, Amidun Anan yang juga bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), memberitahu Astro Awani, proses mengenal pasti identiti mayat yang tidak dapat dicam akan mengambil masa sehari atau dua hari.

William, 6, kali terakhir dilihat di Putra Height Subang Jaya pada 16 Januari lalu sebelum dilaporkan hilang.

Dia hilang selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

LAPORAN LENGKAP MENYUSUL