Polis Pulau Pinang sedang memburu seorang lelaki warga Nepal susulan penemuan mayat wanita warga Indonesia dalam alamari di flat Green Garden, Paya Terubong Selasa lalu.

Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa, bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan memaklumkan, polis percaya suspek masih berada di negara ini.

Jesteru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang cuba melindungi suspek boleh didakwa mengikut seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah.

Anuar berkata, setakat ini polis telah menahan dua rakan serumah suspek untuk membantu siasatan.

Keterangan mereka turut dirakam.

Pada 13 Mac lalu, mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dalam almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town.

BACA: Sorok mayat kekasih dalam almari

Mangsa yang berusia 25 tahun itu dipercayai bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.