Dua mayat dan dua rangka murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui di Sungai Perias di sini akan dituntut oleh keluarga masing-masing pagi esok.
Empat mangsa tersebut dikenali sebagai Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7.
Keluarga keempat-empat mangsa dibenarkan menuntut mayat kanak-kanak itu selepas pembuktian identiti menerusi ujian DNA selesai dijalankan oleh Jabatan Kimia semalam.
Seorang bapa mangsa, Ayel Ajid, 48, berkata keempat-empat mangsa juga akan dikebumikan secara serentak mengikut adat Orang Asli suku Temiar di Kampung Penad.
Ayel berkata kesemua anggota keluarga mangsa telah lama bersiap sedia untuk membawa pulang jasad anak-anak mereka, namun ditangguhkan oleh pihak Hospital Gua Musang yang mahu menguruskan mayat kanak-kanak itu dengan sempurna.
“Kita tunggulah sampai pagi esok untuk menuntut keempat-empat mayat berkenaan dan mereka akan dikebumikan segera di Kampung Penad kerana semua mangsa tinggal di kampung itu.
“Saya juga rasa tidak sabar untuk membawa balik mayat anak saya, Ika. Kami harap dapat lupakan tragedi hitam ini,” katanya ketika ditemui di Pos Tohoi di sini, hari ini.
Sementara itu, Sobrie Latip, 25, berkata beliau tidak terkilan apabila pengumuman hasil ujian DNA semalam menyatakan bahawa mayat pertama yang ditemui pada 7 Okt lepas bukan anaknya Sasa, 8, walaupun proses pengecaman awal menyangkakan mayat berkenaan adalah anaknya.
“Saya berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dapat menemui Sasa walaupun ia hanya tinggal rangka agar kami sekeluarga dapat melepaskan kerinduan terhadapnya,” katanya.
Tujuh murid SK Tohoi dilaporkan hilang selepas bertindak melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos kerana takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Dua daripada mangsa iaitu Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui hidup pada 9 Okt selepas hilang selama 48 hari di dalam hutan.
Bernama
Sat Oct 24 2015
Keluarga keempat-empat mangsa dibenarkan menuntut mayat kanak-kanak itu selepas pembuktian identiti menerusi ujian DNA selesai dijalankan oleh Jabatan Kimia semalam. - Gambar BERNAMA
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.
Kebakaran hutan di Hawaii: 1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.