KUALA NERUS: Satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemui di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 8.15 pagi tadi.
Beliau berkata mayat itu ditemukan kira-kira tiga meter di bawah satu cerun dalam keadaan tertiarap, dengan kesan terbakar keseluruhan badan kecuali pada bahagian betis kanan, dan siasatan sedang dijalankan oleh pasukan forensik polis dan Unit Anjing Pengesan (K9).
"Tiada dokumen pengenalan ditemui, dan setakat ini kita belum mengetahui identiti atau jantina mangsa. Berdasarkan siasatan awal kita percaya mangsa meninggal dunia di tempat lain dan dibawa ke sini sebelum dibakar," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Katanya mayat itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
POLIS-MAYAT 2 (AKHIR) KUALA NERUS
Beliau seterusnya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang pekerja kebersihan Mohd Hamdan Abd manaf, 23, berkata beliau menemui mayat itu kira-kira pukul 7.15 pagi ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan berhampiran kawasan berkenaan.
"Waktu sedang bekerja saya nampak asap dari kawasan semak di tepi jalan, saya ingatkan ada orang bakar sampah... bila saya pergi tengok saya tidak pasti, sama ada itu patung atau mayat.
"Saya pun tanya seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mendapatkan kepastian dan dia katakan bahawa itu adalah mayat. Lelaki itu terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Anggota polis mengangkat mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan yang ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan, pagi tadi. - BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seterusnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.
Mayat ditemukan terapung di Port Dickson
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson pada Sabtu.
Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Gunung Jerai
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring di kawasan Alor Naga di puncak Gunung Jerai, pada Sabtu.
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir, Langkawi, pada jam 11.45 pagi Jumaat.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik
Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tanah di dalam kebun betik berdekatan Kampung Dalam Wang dekat Baling pada Ahad.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut pada pukat nelayan
APMM menemukan satu mayat tanpa identiti di kedudukan 2.3 batu nautika barat daya muara Tanjung Piandang, Kuala Kurau pada Rabu.
Empat mayat misteri ditemui terapung di perairan Johor Timur
Kesemua mayat itu ditemukan secara berasingan, di lokasi berbeza sekitar perairan terbabit.