awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemukan dalam bungkusan di sungai, disyaki dibunuh

Bernama
Bernama
13/09/2025
12:45 MYT
Mayat ditemukan dalam bungkusan di sungai, disyaki dibunuh
Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan forensik ke atas mayat itu mendapati, mangsa meninggal dunia disyaki kerana dipukul dengan objek tumpul. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai semalam, sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan forensik ke atas mayat itu mendapati, mangsa meninggal dunia disyaki kerana dipukul dengan objek tumpul.
"Siasatan mengesahkan mangsa seorang lelaki dewasa, namun butiran identitinya belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita hari ini.
Abang Zainal berkata setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.
Semalam, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun menemukan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini.
Siasatan awal polis di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengesahkan terdapat satu bungkusan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai, disyaki mengandungi mayat dan identiti mangsa masih belum diketahui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#objek tumpul
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan