MALAYSIA
Mayat ditemukan di Bangsar disahkan warga UK Jordan Michael
Mayat lelaki warga asing yang ditemukan di lif tapak pembinaan Bangsar Hill Park dikenal pasti sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mayat lelaki warga asing yang ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian lif tingkat bawah sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park, di sini, sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, identiti mangsa disahkan bapa saudara mangsa berdasarkan pengecaman tatu pada tubuhnya.
Beliau memaklumkan bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Khamis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dada disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.
"Polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Rusdi menambah, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki itu pada kira-kira jam 4.30 petang 2 Jun lalu, dan mayat hanya berjaya dibawa keluar dari lokasi kira-kira jam 9.30 malam dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Beliau memberitahu tempat di mana mayat itu ditemukan agak tersorok dan berada di kawasan yang agak sukar untuk dibawa keluar.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Jordan Michael yang berusia 25 tahun pada Isnin lalu.
Sebelum ini, media melaporkan pengembara solo itu dilapor hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah bar di Bangsar, di sini, 27 Mei lalu.
Jurutera perisian itu disedari hilang keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.
Malah, ibu lelaki itu mendakwa anaknya ada menghantar gambar bersama seorang rakan di sebuah bar di Bangsar kira-kira jam 8 malam, pada hari kejadian.
Ibunya, Leanne Burnett dilaporkan berkata, mereka berhubung hampir setiap hari dan sentiasa mengakses 'Find My Iphone' anaknya untuk mengetahui lokasi.
Menurut wanita itu, telefon bimbit Jordan Michael kali terakhir dapat dikesan pada Jumaat lalu iaitu tiga hari selepas kali terakhir dilihat.
Katanya, dia menghubungi rakan baik anaknya yang ada bersama pada 27 Mei lalu, dan lelaki itu memaklumkan kali terakhir berhubung dengan Jordan Michael pada hari sama.
Difahamkan, Jordan Michael melakukan pengembaraan di sekitar Mediterranean dan Asia Tenggara selama lebih setahun lalu, sambil bekerja secara jarak jauh dengan sebuah syarikat beroperasi di Amerika Syarikat.
Lelaki itu dikatakan tiba di Malaysia pada 17 Mei lalu selepas berkunjung ke Vietnam dan menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang.
Ringkasan AI
- Mayat lelaki warga asing yang ditemukan di lif tapak pembinaan Bangsar Hill Park dikenal pasti sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun.
- Identiti mangsa disahkan oleh bapa saudaranya melalui pengecaman tatu pada tubuh.
- Bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada akibat jatuh dari tempat tinggi, dan tiada unsur jenayah ditemui.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, identiti mangsa disahkan bapa saudara mangsa berdasarkan pengecaman tatu pada tubuhnya.
Beliau memaklumkan bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Khamis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dada disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.
"Polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Rusdi menambah, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki itu pada kira-kira jam 4.30 petang 2 Jun lalu, dan mayat hanya berjaya dibawa keluar dari lokasi kira-kira jam 9.30 malam dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Beliau memberitahu tempat di mana mayat itu ditemukan agak tersorok dan berada di kawasan yang agak sukar untuk dibawa keluar.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Jordan Michael yang berusia 25 tahun pada Isnin lalu.
Sebelum ini, media melaporkan pengembara solo itu dilapor hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah bar di Bangsar, di sini, 27 Mei lalu.
Jurutera perisian itu disedari hilang keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.
Malah, ibu lelaki itu mendakwa anaknya ada menghantar gambar bersama seorang rakan di sebuah bar di Bangsar kira-kira jam 8 malam, pada hari kejadian.
Ibunya, Leanne Burnett dilaporkan berkata, mereka berhubung hampir setiap hari dan sentiasa mengakses 'Find My Iphone' anaknya untuk mengetahui lokasi.
Menurut wanita itu, telefon bimbit Jordan Michael kali terakhir dapat dikesan pada Jumaat lalu iaitu tiga hari selepas kali terakhir dilihat.
Katanya, dia menghubungi rakan baik anaknya yang ada bersama pada 27 Mei lalu, dan lelaki itu memaklumkan kali terakhir berhubung dengan Jordan Michael pada hari sama.
Difahamkan, Jordan Michael melakukan pengembaraan di sekitar Mediterranean dan Asia Tenggara selama lebih setahun lalu, sambil bekerja secara jarak jauh dengan sebuah syarikat beroperasi di Amerika Syarikat.
Lelaki itu dikatakan tiba di Malaysia pada 17 Mei lalu selepas berkunjung ke Vietnam dan menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang.

#Jordan Michael John Johnson-Doyle
#mayat lelaki warga asing
#lif tapak pembinaan
#Bangsar Hill Park
#Rusdi Mohd Isa