awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas

Bernama
Bernama
05/02/2025
14:30 MYT
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
SHAH ALAM: Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit pada 5.56 pagi.
"Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.
"Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat ditemukan
#kereta terbabas
#Kampung Sungai Tengi
#Tanjong Karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan