awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemukan terapung di Tanjung Aru

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
15/11/2022
04:57 MYT
Mayat ditemukan terapung di Tanjung Aru
Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah mendapati terdapat kesan kecederaan pada dahi mangsa yang dipercayai akibat terjatuh. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Satu mayat lelaki ditemui terapung di sebuah longkang berdekatan parkir Pantai Tanjung Aru 1 pada Selasa.
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dijumpai oleh orang awam sekitar jam 7.45 pagi sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu.
"Hasil pemeriksaan daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah mendapati terdapat sedikit kesan kecederaan pada bahagian dahi mangsa yang dipercayai akibat terjatuh.
"Ketika ditemukan mangsa lengkap berpakaian," menurut Zaidi di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Tambah Zaidi, berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui, mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang beralamat di Tanjung Aru.
Isteri mangsa telah dipanggil bagi tujuan proses pengecaman.
Motosikal yang digunakan mangsa sewaktu keluar rumah turut ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) berdasarkan keadaan jasad mangsa yang masih elok selain tidak terdapat kesan pergelutan ataupun unsur jenayah yang lain.
Topic Berkaitan
#mayat
#longkang
#mati mengejut
#Pantai Tanjung Aru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan