awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dua beradik jatuh sungai ditemui

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2021
02:44 MYT
Mayat dua beradik jatuh sungai ditemui
Dua beradik dikhuatiri lemas selepas selepas motosikal ditunggangi ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh, Rompin pada Rabu. Gambar kecil: Dhenis Maulida Putri dan adiknya, Putri Rama Dhania Azahra.
ROMPIN: Mayat dua beradik yang terjatuh ke dalam Sungai Rekoh di sini pada Rabu sudah ditemui pada malam Khamis dan pagi Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kejadian oleh penduduk Kampung pada jam 8 malam Khamis.
Beliau berkata, mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra, 3, pula ditemui pada jam 7.30 pagi Jumaat.
BACA: Dua beradik dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam sungai
"Mayat kedua mangsa ditemui kira-kira 150 meter daripada lokasi kejadian selepas timbul pada permukaan air.
"Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan seramai 30 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam kejadian pada Rabu, dua beradik berkenaan terjatuh ke dalam sungai selepas motosikal ditunggangi ibu mereka terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan.
Berita asal: Mayat dua beradik jatuh sungai ditemui
Topic Berkaitan
#Mayat dua beradik
#jatuh sungai
#Dhenis Maulida Putri Masari
#Putri Rama Dhania Azahra
#Mohd Isa Bidin
#JBPM
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan