awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dua remaja kemalangan ditemui dalam parit

Bernama
Bernama
24/09/2018
20:18 MYT
Mayat dua remaja kemalangan ditemui dalam parit
Kedua-dua mayat dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat. Astro AWANI
Mayat dua remaja dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira seminggu lalu ditemukan di dalam parit di Kampung Sungai Bugis, KM11 Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata mayat remaja tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hayat Romzi, 19, dan seorang lagi perempuan yang belum diketahui identitinya ditemui oleh orang ramai yang kemudian melaporkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira 5.30 petang.
Turut ditemukan dalam parit tersebut sebuah motosikal jenis Yamaha LC bernombor pendaftaran KEB 7484 dipercayai milik remaja lelaki berkenaan, katanya ketika dihubungi.
Wari berkata siasatan awal polis mendapati motosikal yang dinaiki kedua remaja tersebut merempuh sebatang pokok lalu terhumban ke dalam parit.
Beliau berkata kedua-dua mayat itu telah dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.
Wari meminta saksi kemalangan membantu siasatan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Hospital Tuanku Fauziah
#Jalan Kangar-Alor Setar
#Kampung Sungai Bugis
#Kangar
#kemalangan
#mayat
#motosikal
#parit
#polis
#remaja
#simpang empat
#Wari Kiew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan